Sistem Perpustakaan Perpustakaan_Tun_Seri_Lanang


Perpustakaan Induk

  • Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL)

Merupakan perpustakaan induk di UKM. Perpustakaan ini dinamakan sebagai Perpustakaan Tun Seri Lanang sempena nama seorang bangsawan dan tokoh sastera, Tun Sri Lanang, yang terkenal di Tanah Melayu pada kurun ke-16. PTSL berkeluasan 220,000 kaki persegi.
Di samping itu, terdapat juga perpustakaan pengajaran Perpustakaan Peta di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Koleksi Media, PTSL.Perpustakaan ini berkeluasan 5,000 kaki persegi.


Perpustakaan Cabang

  • Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA)

Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA) merupakan perpustakaan penyelidikan dalam bidang Pengajian Alam dan Tamadun Melayu. Ditubuhkan pada tahun 1982 ia bertempat di aras 2 dan 3, Bangunan Institut Alam dan Tamadun Melayu(ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Matlamat utama Perpustakaan ini ditubuhkan ialah untuk mengumpul, memperkaya serta mendokumentasikan bahan yang berkaitan dengan alam dan tamadun Melayu dalam usaha menyokong aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pengajaran di ATMA. Kini, selaridengan perluasan bidang penyelidikan Institut, Perpustakaan ATMA juga memperluaskan dasar perolehannnya dengan mengumpul bahan dalam semua bidang mengenai alam dan tamadun Melayu seperti komunikasi, sains hayat dan kejuruteraan. Berkeluasan 10,000 kaki persegi.

  • Perpustakaan Undang-Undang (PUU)

Sejarah penubuhan Perpustakaan Undang-Undang bermula dengan penubuhan cawangan dan koleksinya pada bulan Mac 1985 di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Kini cawanganini telah memperolehi bangunannya sendiri dan mula beroperasi sebagai PerpustakaanCabang pada bulan Jun 1996.Penubuhan Perpustakaan Undang-Undang adalah untuk menampung keperluan pelajardan pensyarah Fakulti Undang-Undang di samping memberi perkhidmatan kepadapelanggan yang memerlukan bahan undang-undang.Pada dasarnya Perpustakaan Undang-Undang memiliki koleksi yang terdiri daripada statut,laporan undang-undang, bahan terbitan bersiri, buku teks dan buku am undang-undang.Perpustakaan Undang-Undang juga memiliki Koleksi Hooker, latihan ilmiah oleh pelajarpelajarFakulti Undang-Undang dan Koleksi Pandang Dengar. Berkeluasan 24,600 kaki persegi.

  • Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL)

Perpustakaan Dr. Abdul Latiff UKM (PDAL) telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk memberi perkhidmatan bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikandi Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (1991) dan Fakulti Pergigian(1996). Perpustakaan ini dikenali dengan nama Perpustakaan Perubatan sejak ia muladitubuhkan dan mulai 25 November 2005, perpustakaan ini secara rasminya telah bertukarnama kepada Perpustakaan Dr. Abdul Latiff. Objektif utama penubuhannya adalah untukmembina koleksi bahan-bahan serta memberi perkhidmatan maklumat dalam bidangPerubatan, Sains Kesihatan dan Pergigian bersesuaian dengan tujuan pengajaran,pembelajaran dan penyelidikan di UKM Kampus Kuala Lumpur. Bangunan 3 tingkatPDAL dengan keluasan 3716 meter persegi menyediakan kira-kira 400 tempat membaca. Berkeluasan 40,000 kaki persegi.

  • Perpustakaan Pusat Perubatan UKM (PPPUKM)

Perpustakaan Hospital UKM (PHUKM) beroperasi mulai 14 Julai 1997 selaras denganpenubuhan Hospital UKM. Bermatlamat untuk menyokong aktiviti pengajaran,pembelajaran dan penyelidikan di Kampus Kesihatan serta menyokong keperluanmaklumat para profesional perubatan di dalam memberi rawatan kepada pesakit diHospital UKM. PHUKM terletak di aras 3, Kompleks Pendidikan Perubatan CanselorTuanku Jaafar, Hospital UKM, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.PHUKM beriltizam mempertingkatkan perkhidmatan kepada semua kategori pelanggannyatidak kira sama ada di kalangan ahli akademik, pelajar, profesional perubatan ataukakitangan dalam kategori bukan perubatan. Pustaka Maya Perubatan HUKM yangdirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia pada 11 Februari 2000, merupakansuatu usaha Perpustakaan untuk merealisasikan konsep ìPerpustakaan Tanpa Dindingî.Perkhidmatan Pustaka Maya ini kini dipertingkatkan lagi menjadi sebuah Portal yangmembolehkan sumber maklumat bidang Perubatan dan Sains Kesihatan dapat dicapaidari pelbagai lokasi serta diuruskan dengan lebih sistematik, cekap dan berkesan. PortalPerpustakaan ini boleh dicapai di alamat http://lib.hukm.ukm.my. Semua pelangganperlu melalui proses pendaftaran secara dalam talian terlebih dahulu sebelum bolehmenggunakan perkhidmatan ini.Berkeluasan 20,000 kaki persegi.

  • Perpustakaan Lingkungan Kedua (PL2)

Perpustakaan Lingkungan Kedua (PL2) merupakan perpustakaan cabang yang khusus kepada bidang Kejuruteraan, Sains Komputer dan Pendidikan.Kakitangan perintis perpustakaan ini terdiri daripada 3 orang kakitangan, iaitu Zaidah Sulaiman sebagai Ketua Perpustakaan serta dua orang pembantu perpustakaan, Md Zakir Abdul Aziz dan Nor Hidayah Harun. Perpustakaan ini mula beroperasi pada 2013 dan terletak bersebelahan dengan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.

  • Perpustakaan Praklinikal

Perpustakaan Praklinikal yang berkeluasan 10,000 kaki persegi ini terletak di aras 3 dan 4 Bangunan Praklinikal, Pusat Perubatan UKM. Perpustakaan ini mula dibuka pada 3 November 2014, namun perkhidmatan peminjaman dan pemulangan hanya bermula mulai 11 Februari 2015. Perpustakaan Praklinikal ditubuhkan khusus bagi memberi perkhidmatan maklumat dalam bidang praklinikal seperti Anatomi, Fisiologi, Parasitologi & Entomologi, Biokimia, Farmakologi, Mikrobiologi & Immunologi, Pendidikan Perubatan serta Kesihatan Masyarakat. Perpustakaan Praklinikal bermula dengan belanjawan awal sebanyak RM20,000, koleksi awalnya bermula dengan 805 naskhah bahan bercetak dan 16 naskah bahan media, koleksi ini pada asalnya merupakan sebahagian daripada koleksi milik Perpustakaan PPUKM sebanyak 435 naskah dan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff sebanyak 370 naskah, koleksi awal ini mula dipindahkan ke Perpustakaan Praklinikal pada 9 Februari 2015. Kakitangan perintis Perpustakaan Praklinikal terdiri daripada dua orang Pustakawan, iaitu Harith Faruqi Sidek dan Nona Zurena Masenwat serta dua orang Pembantu Perpustakaan, Suhaimi Yusoff dan Intan Shahira Surip.